Selamat Datang ke Laman Kempen Kepenggunaan Hijau & Lestari Negeri Johor 2010

Sekitar Majlis Kempen Kepenggunaan Hijau & Lestari N. Johor 2010

Sekitar Majlis Kempen Kepenggunaan Hijau & Lestari N. Johor 2010
Sila Klik Pada Gambar

Tuesday, October 19, 2010

Terkini


Seminar Kepenggunaan Hijau & Lestari Negeri Johor 2010

Tarikh : 27 November 2010
Tempat : Dewan Utama, Persatuan Sokka Gakkai Malaysia 
1A , Lot 40272 Jalan Selatan 5,
Off Jalan Kempas Lama,
81200 Johor Bahru
Anjuran : Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pelancongan 
bersama
Persatuan Soka Gakkai Malaysia

4 comments:

  1. Salam 1M.

    Saya tidak tahu sejauh mana promosi terhadap kempen ini terutama bagi kawasan dalam Pihak Berkuasa Tempatan MPJBT dan MBJB. Pada pandangan saya kebanyakan kempen-kempen yg diadakan oleh pihak Kerajaan kebanyakannya tidak mendapat sambutan adalah kerana ;-
    1. Kempen ini tidak disampaikan dengan sempurna kepada taman-taman perumahan/kawasan kampung2. Promosi ini sepatutnya bukan hanya meletakkan banner di simpang2 jalan, tetapi pendekatan seharusnya lebih kepada melalui ketua-ketua kampung/wakil-wakil masyarakat,
    2. Kebanyakan pelancaran kempen2 ini hanya dihadiri oleh kakitangan2 kerajaan atau badan2 koporat atau GLC yang terlibat. Memang kehadiran mereka ini memeriahkan kempen tersebut tetapi asas kempen ini adalah untuk penduduk/rakyat dan matlamat asalnya tidak sampai ke peringkat yang sepatutnya,
    3. Seharusnya pihak Berkuasa Tempatan menjemput wakil2 penduduk secara langsung ke majlis /seminar ini kerana merekalah sasaran yang sebenar.
    4. Penglibatan mereka secara langsung semestinya akan membuahkan hasil yang serta merta kerana maklumat yang akan diberikan tiada tapisan dan secara terus.
    5. Saya juga tidak mengetahui samada Rakan Alam Sekitar yang seharusnya terlibat secara langsung atau tidak langsung mengetahui program ini kerana saya hanya mengetahui program ini secara tidak sengaja.
    6. Disamping itu juga, pihak kerajaan juga boleh menjemput NGO-NGO yang berorientasikan pembangunan mampan di dalam seminar ini seperti Rakan Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor dll lg.
    Sekian, pandangan ikhlas dari saya.

    ReplyDelete
  2. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada UPEN selaku penggerak utama dalam bersama-sama memampankan Negeri Johor..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pandangan tuan/puan mengenai kempen ini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas pandangan tuan/puan...

    Kempen ini mengalu-alukan penduduk/rakyat untuk menyertainya terutamanya generasi muda. Setakat ini, majlis ini dijangka menarik seramai 3000 orang dan kebanyakan daripada kalangan masyarakat dan pelajar universiti.

    Kempen ini bekerjasama dengan 20 agensi terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan alam sekitar, NGO, swasta dan lain-lain. Presiden Persatuan Pencinta Alam Sekitar juga merupakan penceramah bagi kempen ini.

    Kebanyakan promosi dijalankan dengan media baru (new media) supaya menjimatkan sumber asli .Oleh demikian semua poster dan flyer yang di sertakan adalah kertas kitar semula.

    ReplyDelete